Saturday 25 May 2019

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bilik darjah merupakan satu proses, pergerakan yang memerlukan kerjasama dan campur tangan dari ahli organisasi tersebut bagi mencapai matlamat mereka sendiri, tugasnya adalah termasuk merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Manakala Lemlech (1988) pengurusan bilik darjah sebagai orchestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.

Pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru

1.      Pengurusan sumber manusia
-          Memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi yang dapat dilestarikan secara optimum.

2.      Pengurusan sumber fizikal
-          mempunyai kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi, meja, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari dan alat bantu mengajar.

Jenis-jenis ilmu yang perlu ada di dalam diri guru

1.      Ilmu pengurusan bilik darjah

2.      Ilmu interaksi yang berkesan

3.      Ilmu pengurusan iklim bilik darjah

 Kemahiran menguruskan bilik darjah

1.      Kemahiran pengurusan sumber fizikal

2.      Bahan mengajar

3.      Pengurusan kaunseling

Strategi dalam menguruskan bilik darjah

1.      perancangan murid, perancangan bilik darjah

2.      wujudkan suasana kondusif

3.      menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.

Kesimpulannya, kerjasama yang padu di antara guru dan murid dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran akan menghasilkan sebuah pengurusan bilik darjah yang baik Kerjasama ini amat dititikberatkan kerana pengurusan tersebut akan tidak menjadi apabila sebelah pihak sahaja yang bertindak.

RUJUKAN

1. Wida Oly. (2015). Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/widaonly/strategi-megurus-bilik-pembelajaran-slide-kumpulan7pisang

2. Shawal M. (2011). Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-Strategi-Mengurus-Bilik-Pembelajaran

3. Aliah    A.        (2017).             Strategi             Mengurus         Bilik     Pembelajaran. Diperolehi        daripada https://www.scribd.com/presentation/348366539/20160411140415k-7-Strategi-MengurusBilik-Pembelajaran

No comments:

Post a Comment