Saturday 25 May 2019

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN


TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Pada zaman yang serba canggih ini, setiap guru perlu melakukan persediaan sebelum masuk kealam pengajaran di Sekolah dan berhadapan dengan pelajar. Guru haruslah bersedia tidak kira apapun yang akan berlaku di sekolah terutama ketika proses pembelajaran dijalankan.jika guru menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pembelajaran maka pembelajaran itu akan berjalan dengan menarik dan berkesan dan meningkatkan kemahiran murid. Para guru harus mengetahui cara menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali dan mampu mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran.

 Kaedah yang digunakan oleh guru

1.      Pengubahsuaian strategi pengajaran
-          Di mana guru itu mengubahsuai tektik atau strategi dalam pengajaran untuk menjadikan pengajarannya lebih efektif yang sesuai untuk sesuatu pelajaran, topik dan kemahiran.

2.      Pengajaran yang efektif
-          Di mana guru itu sentiasa merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan semasa mengajar agar tidak kelihatan bosan di dalam kelas.

3.      Kemahiran komunikasi.
-          Di mana kemahiran ini haruslah dititikberatkan kerana berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, sebagai guru kita haruslah bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi semasa bercerita, bersuara untuk menarik pelajar-pelajar mengikuti pengajaran ataupun aktiviti yang dilakukan semasa kelas sedang berlangsung. Guru juga seharusnya mahir dalam mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan.


RUJUKAN

1. Nur      Syamimi.         (2015).             Pengurusan      Alam    Pembelajaran. Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/syamimo/pengurusan-alam-pembelajaran-kumpulan-anggur

2. Nur Elida. (2015). KPS3014: Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

3. Naziratul          Asyikin.           (2012).             Pengurusan      Alam    Pembelajaran. Diperolehi        daripada https://www.scribd.com/doc/89430819/Pengurusan-Alam-Pembelajaran

No comments:

Post a Comment