Saturday 25 May 2019

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN





PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif di antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dengan murid dimana guru dan murid ini akan saling berinteraksi antara satu sama lain supaya hubungan mereka dapat dieratkan serta saling melengkapi. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.

Terdapat jenis-jenis interaksi dan ciri-cirinya iaitu interkasi sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Interaksi sehala melibatkan dari guru kepada murid. Interaksi ini menekankan aktiviti pembelajaran bercorak positif, corak interaksi yang bertumpu kepada guru sahaja dan tiada interaksi di antara murid dengan murid. Interaksi dua hala ialah melibatkan antara guru dengan murid. Interaksi ini menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid lebih erat dan penglibatan murid digalakkan. Selain itu, interasksi dua hala juga melibatkan murid dengan murid. Di mana strategi yang digunakan ialah lakonan, kaedah projek dan kaedah bermainan agar hubungan di antara murid dan murid lebih erat. Seterusnya, interasksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid yang menggunakan kaedah perbincangan, penyelesaian dan aktiviti pemulihan sebagai strategi pengajaran.

Kesimpulannya, interaksi jelasnya penting dalam pembelajaran kerana ianya nyatanya dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan kepada para pelajar.


RUJUKAN

1.     1.  Nasria Ika. (2013). INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN. 
             Diperolehi daripada

2.       2. Ashraf Shya. (2012). INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN. 
             Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/83190261/Definisi-Interaksi

3.     3. Zuzan Michael Japang, Mar 28, 2012. Interaksi dalam pendidikan. 

No comments:

Post a Comment