Saturday 25 May 2019

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

Ciri-ciri penasihatan yang berfokus kepada masalah-masalah yang dihadapi daripada menumpukan kepada individu bermasalah yang berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Terdapat beberapa peringkat penasihatan iaitu kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar, meguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan, mengaplikasikan kemahiran dan membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan dan membina matlamat dengan ini semua pelajar dapat menjadi pelajar yang baik dan bersahsiah.

Kesimpulannya, melalui bimbingan, masalah dapat diselesaikan manakala melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.

RUJUKAN:

1. Zulhaidin         Abdul. (2012).             Pengurusan      Penasihatan      Murid. Diperolehi        daripada https://www.scribd.com/doc/89003621/a

2. Nonie   Mislan.             (2012).             Pengurusan      Penasihatan      Murid. Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/noniemislan/pengurusan-penasihatan-murid

No comments:

Post a Comment