Saturday 25 May 2019

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan, atau genetic yang merupakan salah satu faktor yang penting dalam masyarakat manusia. Pengurusan tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan.

Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Guru sebagai guru disiplin.

Setiap guru memainkan peranan yang penting untuk menguruskan atau mengajar malah mendidik juga. Mereka juga bertanggungjawab bersama untuk menentukan disiplin sekolah walaupun guru itu bukan guru disiplin untuk memastikan keadaan sekolah terkawal.

Salah satu untuk meningkatkan tahap dan mutu dispin pelajar ialah kokurikulum. Aktiviti kokurikulum ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka.

 Kesimpulannya, guru berperanan untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa di sekolah. Para guru haruslah mengambil tindakan pelajar jika mereka tidak menghadiri aktiviti kokurikulum bagi memastikan pelajar-pelajar tidak terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah.

RUJUKAN

1. Siti       Zahirah.           (2013).             Pengurusan      Tingkah           Laku.   Diperolehi        daripada

2. Umagul            L.         (2015).             Pengurusan      Tingkah           Laku.   Diperolehi        daripada

No comments:

Post a Comment