Saturday 25 May 2019

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakat. Menurut Amir Hasan, 2002 menyatakan sosiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Menurut Zanden, bidang sosiologi merupakan satu kajian saintifik tentang interaksi sosial dan organisasi. Manakala Jary & Jary pula mendefinisikan bidang ini sebagai kajian secara saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi, bentuk organisasi sosial, budaya dan jenis-jenisnya. Sosialisasi juga merupakan suatu proses mempelajari peranan, status, nilai dan tingkah laku sosial yang perlu ada pada seseorang dalam masyarakat. Sosiologi bertujuan untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia dan mengenal pasti tekanan-tekanan yang boleh melemahkan mereka dan mempelajrai syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

   Pengalaman sosial penting untuk membentuk personaliti seseorang itu. Jika seseorang itu terpinggir dari segi sosialnya, maka ia tidak dapat membentuk personaliti dengan sempurna. Antara jenis-jenis sosiologi ialah sosialisasi primer yang berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Selain itu, sosialisasi sekunder merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media masa, bahan ditonton atau dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan rasa. Di samping itu, sosialisasi semula atau resosialisasi, iaitu proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Seterusnya, Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosiologi. Antaranya adalah keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan atau suasana persekitaran politik.

     Kesimpulannya, sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai sosial, institusi dan masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat tentang aras yang lebih penting tetapi fokus utama sosiologi ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta masalah yang dihadapinya. Sosiologi adalah untuk menilai manusia secara teliti dan kritikal. Penilaian secara teliti dan kritikal penting supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskan setiap tindakan manusia. Masyarakat perlulah berterusan mempunyai budaya, berpotensi dari segi biologikal untuk pembelajaran dan sebagainya untuk mewujudkan proses sosialisasi ini.

RUJUKAN

1.     1Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Shariza Said, dan Mohd Ibrahim K. Azeez (2014). Kompetensi guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran: suatu pendekatan teknik Fuzzy Delphi Jurnal Kepimpinan Pendidikan (Volume 1, No. 3, Okt 2014, Pages 0 to 0)

2.      2. Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Pisol Maidin, Muhammad Yusri Yusof, Paiz Hassan, Hamdi Rahman Mohd Yaacob, Abd Munir Mohd Noh dan Muhammad Imran Abd Razak (2017). Pandangan Ibnu Khaldun berkaitan kaedah pendidikan dalam kitab Al-Muqaddimah. Idealogy Journal (Volume 2, No. 1, 2017, Pages 26 to 35)





































No comments:

Post a Comment