Saturday 25 May 2019

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Stoner, 1984 menyatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Menurut Ahmad Mahdzan (2004), aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.

 Terdapat beberapa konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar iaitu mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Konsep mengawal merujuk kepada pengawalan dalam bilik darjah, pengawalan aktiviti berkumpulan, pengawalan murid yang mempunyai masalah peribadi, dan pengawalan suasana bilik darjah. Konsep merancang adalah proses merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan, perancangan dalam meringkaskan isi pelajaran agar lebih jelas dan mudah dicerna pelajar, dan merancang aktiviti penilaian. Selanjutnya, konsep pengalaman ialah berkisar tentang menghubungkaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Di samping itu, mengarah adalah seperti mengarah murid focus dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid untuk menjawab soalan yang diutarakan.

Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.

RUJUKAN

1. Ema Safwanah Sahirin. (2015). Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/1232747313/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar-kps3014

2. Aamir Din.(2015), Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.             

3. Janenetty Karek. (2017). Topik 2 Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar. 

No comments:

Post a Comment