Saturday 25 May 2019

TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Beberapa perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu. 

 Peranan guru dalam mengajar

1.      Pendekatan pengajaran braille
-          Guru mengajar masalah penglihatan dan mengajar murid sehingga mahir membaca untuk mengajar mereka berdikari agar berjaya dalam kehidupan mereka.

2.      Latihan mobility
-          Keupayaan murid-murid buta menghadapi kehidupan bergantung macam mana pergerakan mereka terhadap persekitaran.

3.      Menguasai cara berkomunikasi
-          Menggunakan bahasa isyarat dan mengajar murid cacat pendengaran tentang kemahiran membaca.

Kesimpulannya, dalam mencapai kecemerlangan akademik bukanlah sesuatu yang mudah terutama pelajar-pelajar pendidikan khas. Pelbagai halangan yang mereka harungi dalam mencapai impian mereka. Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa bersedia dalam membantu mereka untuk mencapai  cita-cita yang diimpikan.
             
RUJUKAN

1. Daniel Hilmi. (2015).             Pengurusan      Murid   Pelbagai           Upaya.             Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/danielhilmi/a-pengurusan-murid-pelbagai-upaya-1-lo

2. Nurul Syahira. (2015). Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/NurulSyahira94/pengurusan-murid-pelbagai-upaya

3. Fatin    Aqilah.             (2015).             Murid   Pelbagai           Upaya.             Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/qila95/murid-pelbagai-upaya 

No comments:

Post a Comment