Saturday 25 May 2019

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN


TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Bagi mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni bergantung kepada persekitaran. Hal ini, dapat dikaitkan juga dengan pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang selesa bagi menarik minat untuk merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Disebabkan itu, setiap minggu boleh dikatakan akan diadakan pertandingan kelas terbersih dan tercantik dimana tujuan ini dilakukan untuk menggalakan pelajar-pelajar untuk mengikuti pertandingan ini. Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. 

Terdapat beberapa peranan terhadap sekolah

1.      Peranan sekolah kepada masyarakat
-          Dimana kanak-kanak belajar tentang tingkah laku masyarakat dan menjadikan ini sebagai sikap atau tingkah laku mereka.

2.      Peranan ibu bapa
-          Membantu dalam membanteras masalah gejala sosial di dalam mahupun di luar sekolah seperti menghadiri kem-kem motivasi yang diadakan di sekolah.

3.      Kerjasama antara sekolah dan masyarakat
-          Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Dimana masyarakat boleh menyalurkan bantuan kepada sekolah.

Keseluruhannya, menurut Abdullah Sani bin Yahya, 2007, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya. Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual  

RUJUKAN

1. Sue      Wan.    (2016).             SEKOLAH       DAN    PERSEKITARAN.       Diperolehi        daripada

2. Nabilah            Nadzri.             (2013).             Sekolah            dan      Persekitaran.    Diperolehi        daripada https://www.scribd.com/document/186142186/Sekolah-Dan-Persekitaran

No comments:

Post a Comment