Saturday, 25 May 2019

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

 Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah maka guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu topik. Sumber yang ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya agar hasil yang diperoleh adalah seperti yang diharapkan. Para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar maka sumber-sumber yang digunakan haruslah bersesuaian dengan masa dan situasi. Pengurusan sumber haruslah professional, boleh mengembangkan idea dan kreativiti, boleh mengisi masa lapang.

Pusat sumber haruslah menyeronokkan murid, menjimatkan masa dan sebagai sumber rujuksn murid untuk memperolehi maklumat. Sumber pembelajaran sebagai sumber asas, sumber rujukan elektronik dan sumber pengalaman. Kepentingan pengurusan sumber ialah merangsang minat pelajar, menyediakan pengalaman sebenar, melibatkan pelajar belajar secara aktif dan memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat.

Kesimpulannya, sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti PdP untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. Kesemua sumber, jika digunakan dalam proses PdP yang sesuai akan bertindak sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran yang berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding murid yang hanya mendengar jika tiada sumber digunakan.


RUJUKAN

1. Irdawati           Kamaruzaman.            (2013).             Pengurusan      Sumber.           Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/irdawatikamaruzaman/pengurusan-sumber-18409481

2. Ieda     Iedah. (2011).             PENGURUSAN           SUMBER.        Diperolehi        daripada

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

 Bilik darjah ialah tempat dimana guru menyampaikan ilmunya kepada murid-muridnya. Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah kearah pembinaan modal insan yang menjurus kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Menurut Haji Samsudin, 2008 komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah adalah menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku di dalam bilik darjah, menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan iklim bilik darjah, memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan menentukan bagaimana guru akan menstruktur semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.

Kaedah pengurusan bilik darjah

1.      Aktiviti pengajaran berkumpulan
-          Yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti berkumpulan berdasarkan minat, kebolehan dan sebagainya.

2.      Penyediaan bahan pengajaran
-          Bahan yang digunakan dalam pembelajaran yang memerlukan alat da nisi pelajaran seperti bahan cetak, audio dan visual.

3.      Pengurusan sumber
-          Bahan dan alat yang membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Kesimpulannya, para guru haruslah peka dan bertindak secara lebih cepat dengan perubahan yang berlaku. Pembelajaran pada abad ke 21 ini merupakan kerjasama antara guru dan murid dimana kedua-duanya memiliki peranan tersendiri yang perlu dititikberatkan bagi menjayakan setiap matlamat yang ingin dicapai.

RUJUKAN

1. Suep    Khas.   (2013).             Pengurusan      Bilik     Darjah.             Diperolehi        daripada

2. Aisyah             Ismail. (2015).             Pengurusan      Bilik     Darjah.             Diperolehi        daripada

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

 Menurut Michael & Jones (2000), pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Murid adalah orang yang mempunyai potensi asas yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental.

Kaedah yang digunakan untuk mengurus rekod murid

1.      sistem maklumat murid berkomputer
-          merekodkan kesihatan murid rekod rancangn makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian.

2.      pentaksiran berasaskan sekolah
-          dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.      sistem laporan adab belajar
-          untuk menilai murid dari segi pencapaian akademik dan secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku.

Kesimpulannya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi memperoleh impak pengurusan murid yang berjaya di sesebuah institusi pendidikan, maka pengurusan sekolah perlu dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.

RUJUKAN

1. Muhammad     Ilyas.    (2015).             Pengurusan      Murid. Diperolehi        daripada

2. Zabidah           Awang.            (2010).             Pengurusan      Murid. Diperolehi        daripada https://www.slideshare.net/zabidah/pengurusan-murid

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


TAJUK 4:  KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi ke depan. Pimpinan dalam sesebuah organisasi adalah jabatan, kedudukan atau posisi seseorang dalam organisasi tersebut. Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin.

Terdapat tiga gaya kepimpinan

1.      Gaya kepimpinan autokratik
-           lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas.

2.      Gaya kepimpinan demokratik
-           kepimpinan ini bersifat terbuka dana mat disukai oleh orang dibawah pimpinanya dimana pemimpin ini mampu menerima pendapat orang lain.

3.      Gaya kepimpinan kontegendi
-           gaya kepimpinan ini bergantung kepada situasi.

Secara kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru pula memiliki peranan masing-masing. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menubuhkan sesebuah organisasi yang harmoni, hormat-menghormati dan saling bertolak ansur.

RUJUKAN

1. Nuha    Junior. (2014).             Organisasi        dan      Kepimpinan.    Diperolehi        daripada
             
2. Noraisah Ibni Qassim. (2010). Organisasi dan Kepimpinan. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/presentation/29531616/Kepimpinan-Dan-Organisasi

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Stoner, 1984 menyatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Menurut Ahmad Mahdzan (2004), aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.

 Terdapat beberapa konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar iaitu mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Konsep mengawal merujuk kepada pengawalan dalam bilik darjah, pengawalan aktiviti berkumpulan, pengawalan murid yang mempunyai masalah peribadi, dan pengawalan suasana bilik darjah. Konsep merancang adalah proses merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan, perancangan dalam meringkaskan isi pelajaran agar lebih jelas dan mudah dicerna pelajar, dan merancang aktiviti penilaian. Selanjutnya, konsep pengalaman ialah berkisar tentang menghubungkaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Di samping itu, mengarah adalah seperti mengarah murid focus dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid untuk menjawab soalan yang diutarakan.

Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.

RUJUKAN

1. Ema Safwanah Sahirin. (2015). Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/1232747313/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar-kps3014

2. Aamir Din.(2015), Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar.             

3. Janenetty Karek. (2017). Topik 2 Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar. 

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN





PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif di antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak.Menurut A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dengan murid dimana guru dan murid ini akan saling berinteraksi antara satu sama lain supaya hubungan mereka dapat dieratkan serta saling melengkapi. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.

Terdapat jenis-jenis interaksi dan ciri-cirinya iaitu interkasi sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Interaksi sehala melibatkan dari guru kepada murid. Interaksi ini menekankan aktiviti pembelajaran bercorak positif, corak interaksi yang bertumpu kepada guru sahaja dan tiada interaksi di antara murid dengan murid. Interaksi dua hala ialah melibatkan antara guru dengan murid. Interaksi ini menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid lebih erat dan penglibatan murid digalakkan. Selain itu, interasksi dua hala juga melibatkan murid dengan murid. Di mana strategi yang digunakan ialah lakonan, kaedah projek dan kaedah bermainan agar hubungan di antara murid dan murid lebih erat. Seterusnya, interasksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid yang menggunakan kaedah perbincangan, penyelesaian dan aktiviti pemulihan sebagai strategi pengajaran.

Kesimpulannya, interaksi jelasnya penting dalam pembelajaran kerana ianya nyatanya dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan kepada para pelajar.


RUJUKAN

1.     1.  Nasria Ika. (2013). INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN. 
             Diperolehi daripada

2.       2. Ashraf Shya. (2012). INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN. 
             Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/83190261/Definisi-Interaksi

3.     3. Zuzan Michael Japang, Mar 28, 2012. Interaksi dalam pendidikan. 

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN 


TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakat. Menurut Amir Hasan, 2002 menyatakan sosiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Menurut Zanden, bidang sosiologi merupakan satu kajian saintifik tentang interaksi sosial dan organisasi. Manakala Jary & Jary pula mendefinisikan bidang ini sebagai kajian secara saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi, bentuk organisasi sosial, budaya dan jenis-jenisnya. Sosialisasi juga merupakan suatu proses mempelajari peranan, status, nilai dan tingkah laku sosial yang perlu ada pada seseorang dalam masyarakat. Sosiologi bertujuan untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia dan mengenal pasti tekanan-tekanan yang boleh melemahkan mereka dan mempelajrai syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

   Pengalaman sosial penting untuk membentuk personaliti seseorang itu. Jika seseorang itu terpinggir dari segi sosialnya, maka ia tidak dapat membentuk personaliti dengan sempurna. Antara jenis-jenis sosiologi ialah sosialisasi primer yang berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Selain itu, sosialisasi sekunder merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media masa, bahan ditonton atau dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan rasa. Di samping itu, sosialisasi semula atau resosialisasi, iaitu proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Seterusnya, Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosiologi. Antaranya adalah keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan atau suasana persekitaran politik.

     Kesimpulannya, sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai sosial, institusi dan masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat tentang aras yang lebih penting tetapi fokus utama sosiologi ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta masalah yang dihadapinya. Sosiologi adalah untuk menilai manusia secara teliti dan kritikal. Penilaian secara teliti dan kritikal penting supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskan setiap tindakan manusia. Masyarakat perlulah berterusan mempunyai budaya, berpotensi dari segi biologikal untuk pembelajaran dan sebagainya untuk mewujudkan proses sosialisasi ini.

RUJUKAN

1.     1Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Shariza Said, dan Mohd Ibrahim K. Azeez (2014). Kompetensi guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran: suatu pendekatan teknik Fuzzy Delphi Jurnal Kepimpinan Pendidikan (Volume 1, No. 3, Okt 2014, Pages 0 to 0)

2.      2. Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Pisol Maidin, Muhammad Yusri Yusof, Paiz Hassan, Hamdi Rahman Mohd Yaacob, Abd Munir Mohd Noh dan Muhammad Imran Abd Razak (2017). Pandangan Ibnu Khaldun berkaitan kaedah pendidikan dalam kitab Al-Muqaddimah. Idealogy Journal (Volume 2, No. 1, 2017, Pages 26 to 35)